sejarah penubuhan
Sekolah Kebangsaan Taman Kosas atau nama ringkasnya SK Taman Kosas, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Kosas memiliki 935 pelajar lelaki dan 844 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1779 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.2009
Sekolah Kebangsaan Taman Kosas (SKTK) Perkataan KOSAS diambil sempena nama pemaju yang membangunkan kawasan ini iaitu "Koperasi Anak-Anak Selangor". Terletak di kawasan seluas 3 ekar. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah kawasan perumahan yang sedang berkembang pesat. Pada peringkat penubuhannya, sekolah ini menampung seramai 967 orang murid dengan tenaga pengajar 34 orang guru dan seorang Guru Besar. Kini, sekolah ini telah berkembang pesat sejajar dengan pembangunan di kawasan sekeliling. Wujudnya kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Bukit Indah, Taman Ampang Indah dan Taman Rasmi Jaya secara tidak langsung bilangan murid turut mengalami perubahan yang begitu drastik. Beberapa blok bangunan baru telah dibina demi menampung kebanjiran murid-murid yang tinggal di kawasan berhampiran. Beberapa kemudahan pembelajaran telah disediakan seperti Makmal Sains, Makmal Komputer dan Bengkel Kemahiran Hidup. Di samping itu, wujudnya beberapa Pondok Bacaan hasil sumbangan masyarakat setempat turut mewarnai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.